the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja ladang Indonesia maut disambar buaya di Sungai Niah

Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut selepas disambar buaya ketika mengambil air di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah.

MIRI: Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut selepas disambar buaya ketika mengambil air di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima panggilan berhubung insiden itu pada 11.34 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah ke lokasi kejadian.

Pasukan yang diketuai Ketua BBP, Pegawai Bomba Tinggi II Rary Binjie tiba di lokasi pada 12.19 tengah hari dan memulakan operasi pencarian dengan liputan radius kira-kira 700 meter ke hulu dan hilir sungai.

Berdasarkan keterangan saksi, mangsa yang dikenali sebagai Muhlis Tentra, 47, sedang mengambil air bersama dua rakan untuk diisi ke dalam tong racun di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sebelum disambar seekor buaya.

“Mangsa dilihat sempat menghulurkan tangan meminta pertolongan sebelum ditarik ke dalam air oleh buaya berkenaan dan terus hilang daripada pandangan,” menurut kenyataan JBPM.

Mayat mangsa ditemukan pada 4.40 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings