the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bangkit kalahkan Taiwan di Terbuka Malaysia 2026 meskipun Shevon alami keracunan makanan dan kurang tidur.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mempamerkan semangat juang tinggi untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026.

Pasangan pilihan kelapan itu bangkit menewaskan gandingan Taiwan, Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin 15-21, 21-19, 21-14 dalam perlawanan selama 56 minit di Axiata Arena hari ini.

Soon Huat mengakui perlawanan itu sengit dan memaksa mereka menyesuaikan strategi permainan.

“Daripada set pertama, kami masih mencari rentak sebab ini pasangan baharu dari Taiwan, jadi tidak dapat baca permainan mereka,” katanya.

Beliau berkata mereka perlu mencari taktik baharu dan melindungi rakan sepasukan untuk dua set berikutnya.

Soon Huat mendedahkan Shevon mengalami keracunan makanan pada malam sebelum perlawanan.

Situasi menjadi lebih rumit akibat kekurangan waktu rehat kerana beliau terpaksa berjaga untuk menjaga pasangannya.

“Shevon muntah tengah malam tadi, saya pula jaga dia semalaman dan tidak cukup tidur… jadi, hari ini kedua-dua kami agak letih,” katanya.

Beliau juga mengakui sokongan padu daripada penonton di gelanggang sendiri.

Kemenangan itu menyaksikan pasangan nombor sembilan dunia itu bakal berdepan gandingan Amerika Syarikat Presley Smith-Jennie Gai pada pusingan kedua.

Terbuka Malaysia 2026 akan berlangsung hingga 11 Jan ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.
spot_img

Popular Categories