the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 20, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Speaker perlu jadi pengadil bijak dan adil perkukuh institusi legislatif

Speaker dewan perlu bertindak sebagai pengadil yang adil dan berkecuali untuk kekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi legislatif, kata Johari.

MELAKA: Peranan Speaker Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sebagai pengadil yang bijak, adil dan berkecuali perlu diperkukuh untuk memastikan institusi legislatif kekal dihormati serta keyakinan rakyat terus terpelihara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata dewan perlu berfungsi sebagai ‘house of democracy’, iaitu platform utama demokrasi yang diamalkan secara tertib.

“Institusi legislatif ini sangat penting kerana ia melambangkan kedudukan kita di tengah-tengah urusan perundangan negara,” katanya.

Beliau menegaskan Speaker mesti dilihat sebagai pengadil yang adil, tidak memihak mana-mana parti politik dan bertindak secara saksama.

Johari berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia di Banda Hilir.

Persidangan selama empat hari itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Johari berkata dalam era kepercayaan awam terhadap institusi sering teruji, Speaker perlu menjadi benteng yang mempertahankan integriti dewan.

Dewan berfungsi sebagai institusi semak dan imbang terhadap badan eksekutif.

Setiap keputusan, teguran dan ruang bahas dari Kerusi Speaker menyumbang kepada usaha mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi.

Beliau berkata persidangan itu bakal menjadi platform mengubah minda ahli dewan untuk memahami peranan sebenar mereka.

“Sebaik sahaja Ahli Dewan, seorang wakil rakyat tidak lagi mewakili parti atau kepentingan peribadi tetapi membawa suara rakyat yang diwakilinya,” katanya.

Beliau menambah suara politik harus berada di luar dewan kerana di dalamnya, perbincangan hanya tentang rakyat tanpa mengira latar belakang parti.

Inti pati perbincangan termasuk mencari keseragaman dalam pemahaman dan amalan antara negeri.

Malaysia mempunyai negeri dengan latar belakang demografi yang berbeza.

“Kita mahu memastikan keseragaman tentang peranan dewan adalah selari, sama ada di Johor, Kelantan, Pahang atau mana-mana negeri lain,” katanya.

Prinsip demokrasi yang diamalkan mesti difahami secara sama di seluruh negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Yes Unboxes the Drama with 5g advanced Broadband + FREE 1 Year iQIYI Access

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - Festive nights, late-night drama marathons and weekend binge sessions are about to get a major upgrade! Yes, Malaysia’s leading 5G telco, unveiled its 5g advanced Broadband + iQIYI Bundle; with uncapped 5g advanced home WiFi and FREE 1 Year iQIYI Access — so Malaysians can stream without limits from the comfort of their homes.
spot_img

Popular Categories