the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM beku akaun bank RM218 juta dalam siasatan salah guna lesen import

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan RM218 juta akaun bank milik individu dan syarikat serta menggantung beberapa lesen import yang disalah guna dalam kegiatan import rokok, tembakau dan cerut secara tidak sah.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata tindakan itu diambil menerusi Op Sikaro yang menyasarkan 14 syarikat disyaki menyalahgunakan lesen import sah.

Beliau berkata siasatan mendapati syarikat terbabit beroperasi berselindung di sebalik lesen sah namun menggunakan taktik pengisytiharan palsu termasuk menukar kod kastam dan butiran barangan bagi mengelak pembayaran cukai sebenar.

“Selain pengisytiharan palsu, sindiket ini juga dipercayai terbabit dalam penyeludupan tembakau, cerut, rokok dan minuman keras yang disimpan di gudang persendirian sebelum diedarkan ke pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zamri berkata siasatan juga memberi fokus kepada peranan ejen penghantaran yang dipercayai beroperasi tanpa lesen dan terlibat dalam penyelewengan serta penipuan dokumen bagi membantu memudahkan aktiviti haram berkenaan.

Beliau berkata kegiatan sindiket itu dipercayai menyebabkan kerugian lebih RM250 juta hasil cukai kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2024 hanya melibatkan tembakau dan cerut serta jumlah kerugian keseluruhan dijangka lebih tinggi.

“Kes seperti ini menjadi skop utama kerana ia menjejaskan hasil negara, iaitu wang yang sepatutnya digunakan untuk manfaat rakyat dan pembangunan negara,” katanya.

“Justeru, SPRM tidak boleh berkompromi dalam isu rasuah, pengubahan wang haram atau penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings