the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM gagalkan cubaan larikan RM2.4 juta dalam siasatan TDM

SPRM gagalkan cubaan larikan wang tunai RM2.4 juta berkaitan siasatan rasuah perolehan Tentera Darat, susulan tangkapan 17 pengarah syarikat.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menggagalkan cubaan melarikan wang tunai berjumlah RM2.4 juta.

Wang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wang berkenaan cuba dipindahkan dari sebuah rumah ke rumah lain oleh seorang individu awam.

“Semalam, pegawai kita dapat maklumat dan pagi tadi saya dimaklumkan bahawa kita menjumpai lebih kurang RM2.4 juta wang yang cuba dilarikan oleh individu itu,” katanya.

Beliau memaklumkan seorang bekas pegawai kanan tertinggi Tentera Darat dan isterinya hadir membantu siasatan petang ini di Putrajaya.

Keterangan pegawai kanan berkenaan diambil selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.

Perintah reman selama lima hari hingga 10 Jan ini dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah.

Kesemua sembilan lelaki dan lapan wanita itu berusia lingkungan 20 hingga 60-an.

Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Isnin.

Pada 29 Dis lepas, SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan dan ahli keluarganya.

Sebelum itu, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Dis.

Tumpuan siasatan adalah projek-projek yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Raja Perlis gesa kerajaan negeri, pusat perkukuh hubungan

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menekankan keperluan hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan untuk memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Perlis diberi perhatian.
spot_img

Popular Categories