the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM rakam keterangan pegawai kanan ATM dalam siasatan dana

SPRM rakam keterangan pegawai kanan ATM bagi membantu siasatan dakwaan penyalahgunaan dana, tiada tangkapan dibuat setakat ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata rakaman itu bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana dalam pasukan tersebut.

Beliau memaklumkan pegawai kanan terbabit dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Beliau dipanggil untuk melengkapkan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana dalam ATM…kita panggil untuk bantu siasatan,” katanya.

Azam menegaskan tiada tangkapan dibuat setakat ini dan rakaman percakapan sedang berlangsung.

Beliau berkata perkembangan lanjut berkaitan kes itu akan dikongsikan tidak lama lagi.

Semalam, media melaporkan Azam mengesahkan seorang pegawai kanan ATM yang disiasat dalam penyelewengan dana dijangka dituduh tidak lama lagi.

Difahamkan, kes membabitkan pegawai kanan itu berbeza dengan kes bekas Panglima Tentera Darat yang sedang disiasat SPRM ketika ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories