the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 18, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM siasat firma guaman antarabangsa kait dana 1MDB

SPRM tingkat siasatan terhadap firma guaman antarabangsa disyaki terlibat penyelewengan USD1 bilion dana 1MDB, termasuk aliran wang ke entiti luar pesisir.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertingkatkan siasatan terhadap sebuah firma guaman antarabangsa berhubung dakwaan penglibatan dalam transaksi kewangan yang disyaki berkaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, firma guaman terbabit dipercayai terlibat dalam penyelewengan sejumlah USD1 bilion melibatkan dana 1MDB.

Siasatan itu termasuk pengalihan kira-kira USD700 juta kepada sebuah entiti luar pesisir yang berada di luar kawalan 1MDB.

SPRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang disyaki diselewengkan.

“Siasatan ini dimulakan berdasarkan maklumat serta risikan yang diterima hasil perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa negara,” menurut sumber itu.

Perbincangan itu melibatkan aspek transaksi kewangan rentas sempadan serta peranan pihak-pihak profesional dalam urusan berkaitan 1MDB.

SPRM kini berusaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung beberapa individu lain yang berada dalam radar siasatan.

Usaha itu adalah bagi tujuan proses pemulihan aset kepada negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Lever Style Announces Seventh Acquisition Since IPO, Continuing Group Expansion in the Global Apparel Supply Chain Sector

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 17 December 2025 - Lever Style Corporation (HKEX: 1346, "Lever Style"), has acquired designated assets from Active Apparel Group ("AAG") through an asset purchase agreement.
spot_img

Popular Categories