the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS KLIA rampas 2,000 ubat tidak berdaftar bernilai RM10,000

AKPS KLIA merampas 2,000 tablet Diazepam tidak berdaftar bernilai RM10,000 di kargo lapangan terbang, disyaki mengandungi bahan psikotropik

KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) KLIA merampas 2,000 biji ubat-ubatan tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM10,000.

Rampasan itu dibuat di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

AKPS memaklumkan pihaknya merampas satu bungkusan mengandungi ubat-ubatan tidak berdaftar disyaki mengandungi bahan psikotropik.

Pemeriksaan terperinci mendapati bungkusan itu mengandungi 2,000 tablet Diazepam 10mg jenama Valium.

Ubat-ubatan tersebut disyaki bukan keluaran berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia juga disyaki mengandungi bahan psikotropik yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga, Akta Racun 1952.

Kesemua ubat-ubatan telah dirampas bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut di bawah pelbagai peraturan.

Kes ini disiasat di bawah Peraturan 7(1)(a) dan Peraturan 30(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Ia juga boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1), Akta Jualan Dadah 1952.

Siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 dan Seksyen 30, Akta Racun 1952.

AKPS KLIA menegaskan komitmen berterusan dalam memperketat kawalan di pintu masuk negara.

Tindakan ini bagi membendung kemasukan ubat-ubatan tidak berdaftar serta melindungi keselamatan dan kesihatan awam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings