the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan pemilik syarikat makanan disyaki kemuka tuntutan palsu RM450,000

SPRM tahan pemilik syarikat pembekal makanan disyaki kemukakan dokumen palsu untuk tuntutan program latihan kemahiran bernilai RM450,000.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat pembekal makanan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu.

Suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8.45 malam Isnin lepas.

Beliau dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2018 dengan mengemukakan tuntutan bekalan makanan program latihan kemahiran kepada agensi kerajaan melalui sebuah yayasan di ibu negara.

“Siasatan awal mendapati beberapa nama peserta yang digunakan dalam tuntutan itu menafikan penglibatan mereka dalam program berkenaan,” kata sumber.

Bekalan makanan juga tidak dilaksanakan seperti dinyatakan dalam permohonan tersebut.

Perintah reman selama tiga hari bermula 28 Oktober sehingga esok dikeluarkan Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin.

Permohonan reman dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus mengesahkan tangkapan itu ketika dihubungi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories