the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SUKMA: Ganjaran RM10,000 menanti atlet Selangor berjaya raih emas – Amirudin

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menawarkan insentif kemenangan RM10,000 kepada atlet individu yang berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bagi acara berpasukan dengan lima pemain ke bawah, penyumbang pingat emas akan menerima imbuhan RM5,000 setiap seorang.

“Ganjaran sebegini sudah ditetapkan sejak 2015 dan mengambil kira perubahan masa, kita ingin pertingkatkan atau menyemak semula ganjaran kepada atlet selepas tempoh yang agak lama.

“Saya harap dengan pengumuman ganjaran yang kita akan berikan ini dapat memberi semangat tambahan untuk diterjemahkan kepada pencapaian atlet dan kontinjen negeri pada SUKMA kali ini,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Selangor ke temasya SUKMA 2024 di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan ganjaran bagi pemenang pingat perak dan gangsa supaya atlet kontinjen menyasarkan ganjaran utama yang ditawarkan sekali gus mengulangi kejayaan Selangor sebagai juara keseluruhan pada SUKMA 2016 di Sarawak.

Pada edisi kali ini, Selangor yang akan menyertai kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan dan menyasarkan 61 pingat emas menghantar 1,050 individu merangkumi 704 atlet, 213 pegawai pasukan serta 133 sekretariat pasukan.

Selangor pernah menjuarai SUKMA sebanyak sembilan kali dan pada SUKMA 2022 kontinjen negeri itu mengakhiri temasya pada tempat keempat dengan kutipan 32 emas, 54 perak dan 45 gangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings