the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 15, 2025
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suri rumah rugi RM131,000 ditipu skim pelaburan palsu di Telegram

Seorang suri rumah kehilangan lebih RM131,000 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui aplikasi Telegram

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah mengalami kerugian melebihi RM131,000 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mangsa berusia 37 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan ketika berada di rumahnya di Batu Caves bulan lalu.

Mangsa kemudian berhubung dengan seorang lelaki suspek dan diminta menjalani ujian untuk menjadi pelabur syarikat terbabit.

Dia juga membuka akaun pelaburan melalui pautan yang diberikan untuk memudahkan urusan pelaburan.

Mangsa kemudian memindahkan wang ke beberapa akaun bank menggunakan hasil pajakan barangan kemas.

Suspek terus meminta mangsa menambah pelaburan meskipun dia telah kehabisan wang.

Apabila mangsa bertanya mengenai pulangan pelaburan, suspek memberikan pelbagai alasan dan wangnya tidak dipulangkan.

Mangsa yang menyedari ditipu tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Polis masih menunggu maklum balas permohonan penyata bank daripada pihak CIMB dan Bank Rakyat bagi membantu siasatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories