the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Suri rumah rugi RM50,000 ditipu sindiket pelaburan palsu di TikTok

Seorang suri rumah kehilangan RM50,342 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial TikTok.

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah mengalami kerugian RM50,342 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 57 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan berkonsepkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat di aplikasi TikTok pada 13 Januari lalu.

Mangsa kemudian menghubungi suspek dan ditawarkan pakej pelaburan serendah RM350 dengan janji keuntungan sehingga RM9,000 dalam masa hanya tiga jam.

“Mangsa yang terpengaruh membuat beberapa bayaran modal dan dimaklumkan bahawa keuntungan telah diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, untuk mengeluarkan keuntungan tersebut, mangsa diminta membuat bayaran tambahan kononnya bagi menampung kos pengurusan.

Azli berkata mangsa yang terdesak menggunakan wang simpanannya untuk membuat enam transaksi pembayaran kepada suspek dalam tempoh 14 Januari hingga semalam.

Mangsa tampil membuat laporan polis pada 6.14 petang semalam selepas gagal menghubungi suspek dan mendapatkan semula wang yang dibayar.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Dua maut, dua cedera parah dalam kemalangan berangkai di Lebuhraya Persekutuan

Dua maut dan dua cedera parah dalam kemalangan berangkai membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Persekutuan dekat Shah Alam, dengan polis menasihati mangsa kemalangan cari tempat selamat.
spot_img

Popular Categories