the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 20, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Suspek tetak kepala abang ipar putus enggan rawatan psikiatri

Lelaki yang tetak kepala abang ipar sehingga putus di Jerlun dipercayai enggan terima rawatan psikiatri sejak lima bulan lalu.

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang menetak kepala abang iparnya sehingga putus di Kampung Pida 3, Jerlun pada Jumaat lepas dipercayai enggan menerima rawatan psikiatri sejak lima bulan lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata suspek juga dikatakan enggan memakan ubat yang diberikan kepadanya.

Keengganan itu menyebabkan suspek mengalami halusinasi sebelum bertindak menyerang mangsa.

“Suspek memang ada kad rawatan psikiatri, tetapi dia enggan terima rawatan dalam empat, lima bulan lepas.”

“Jadi, perkara ini mungkin menyebabkan suspek mengalami halusinasi yang dia ada berprasangka buruk terhadap mangsa sedangkan perkara itu tidak benar.”

Beliau menyatakan pihak keluarga juga memaklumkan suspek sebelum ini turut menerima rawatan di Hospital Alor Setar.

Rawatan itu diterima selepas suspek mengalami kemurungan sejak 2021 semasa pandemik COVID-19.

Ketua Polis Kedah berkata siasatan masih dijalankan dan suspek kini dalam tahanan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Selepas habis reman nanti kita akan tuduh suspek kalau tiada sebarang masalah.”

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki berusia 45 tahun maut dipercayai ditetak oleh adik iparnya yang berumur 38 tahun.

Serangan itu menyebabkan kepala mangsa terpisah daripada badan akibat terputus pada bahagian leher. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories