the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Syarikat platform ingkar caruman pekerja gig boleh didenda RM50,000 atau penjara

Syarikat platform yang gagal bayar caruman 10% untuk pekerja gig boleh didenda RM50,000 atau penjara dua tahun, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia

KUALA LUMPUR: Syarikat platform yang gagal atau enggan membayar caruman perlindungan sosial 10% untuk pekerja gig boleh dikenakan tindakan tegas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata tindakan itu termasuk denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Peruntukan itu termaktub di bawah Fasal 108 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Beliau berkata peruntukan itu bagi memastikan semua pekerja gig dilindungi.

“Apabila disabitkan kesalahan, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya sekali,” katanya di Dewan Negara.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Tuan Che Alias Hamid mengenai penalti terhadap syarikat platform yang gagal mencarum bagi pekerja gig.

Menjawab soalan lain, Abdul Rahman memaklumkan sebanyak 4,564 tindakan pendakwaan telah diambil terhadap pelbagai kesalahan majikan setakat Oktober lepas.

Daripada jumlah itu, 1,276 kes atau 27.95% melibatkan majikan gagal mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tunggakan caruman bagi kes tersebut berjumlah RM31.14 juta.

“Kerajaan tidak akan mengeluarkan notis kompaun, sebaliknya tindakan tegas terus diambil melalui pendakwaan di mahkamah,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

SIM graduates demonstrate strong employment outcomes in high-demand sectors

As Singapore's economy continues to evolve and sectors undergo rapid transformation, the need for adaptable, industry-ready talent remains paramount. The Singapore Institute of Management (SIM), one of the nation's leading private education institutions, continues to play a significant role in equipping graduates with the competencies required to excel in a competitive labour market.
spot_img

Popular Categories