the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syed Hussien mahu tingkatkan kemahiran anak muda melalui pemerkasaan TVET

KLUANG: Memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan taraf kemahiran anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, adalah antara agenda penting tumpuan Syed Hussien Syed Abdullah.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota berkata perkara itu harus dilaksanakan segera bagi memastikan agenda memperkasakan pendidikan berkenaan yang digagaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dirasai penduduk Mahkota.

“TVET sebahagian keperluan utama untuk menjayakan konsep ‘Johor Maju’, iaitu agenda negeri maka ini antara keperluan untuk kita angkat bagi memastikan limpahan agenda negeri dan nasional juga dinikmati rakyat DUN Mahkota, seterusnya kita juga dapat membantu memenuhi keperluan tenaga mahir masa depan.

“Di Kluang sendiri, terdapat beberapa institusi pendidikan TVET yang boleh kita manfaatkan untuk pemerkasaan TVET,“ katanya kepada Bernama di sini hari ini, mengambil contoh kolej komuniti, kolej vokasional dan GiatMARA selain kolej swasta, Kolej Kemahiran Mentari.

Mengenai perjalanan kempen setakat ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu mengakui dirinya bertuah apabila semua parti komponen dalam BN dan Pakatan Harapan (PH) sepakat menjadi “keluarga besar” untuk terlibat dalam membantu kempen sekali gus menyerlahkan semangat keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.

“Alhamdulillah, saya dapat lihat hari ini kita bergerak dalam satu keluarga besar yang mengekalkan hubungan baik dan memupuk keharmonian politik kerana yang lebih penting dalam politik ini ialah soal kestabilan dan perpaduan.

“Perkara ini yang perlu kita angkat demi menjamin masa depan negara lebih baik kerana sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai kestabilan politik kuat, kesannya daripada pelbagai aspek akan dirasai seluruh masyarakat bukan hanya penduduk DUN Mahkota, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Syed Hussien berkata bagi mendekatkan diri dengan pengundi, beliau lebih selesa untuk mengadakan kunjungan secara fizikal secara bersasar untuk mendengar sendiri keluh-kesah dan mendapatkan pandangan pelbagai peringkat umur mengenai DUN Mahkota, selain platform media sosial bagi mendekati pengundi luar dan anak muda.

Hal ini kerana pengundi muda dan pengundi luar yang tidak menetap di dalam DUN Mahkota merupakan peratusan besar daripada keseluruhan 66,318 pengundi pada PRK itu, katanya.

Melihat kepada jadual padat kempen yang dilaluinya sejak proses penamaan calon tamat pada Sabtu, Syed Hussien, 40, berkata beliau mengamalkan pengambilan madu untuk meningkatkan sistem imuniti badan, di samping memastikan dirinya mendapat tidur berkualiti, walaupun sebentar.

“Saya dinasihatkan untuk cukup tidur, ambil suplemen, tetapi paling penting saya ikut nasihat mak untuk makan madu setiap hari yang diketahui baik untuk kesihatan, menambah tenaga dan juga amalan sunah.

“Saya tidur anggaran empat jam sehari dan kemudian menggunakan sepenuh peluang dari subuh ke tengah malam untuk menyantuni pengundi,“ katanya.

PRK DUN Mahkota yang bakal berlangsung pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings