the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tan Sri antara dua ditahan kes penipuan pelaburan RM300 juta

SPRM tahan seorang bergelar Tan Sri dan seorang pengarah wanita susulan siasatan kes penipuan pelaburan bernilai lebih RM300 juta.

KOTA BHARU: Seorang lelaki bergelar Tan Sri antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan berskala besar dianggarkan bernilai lebih RM300 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki (gambar) berkata penipuan berkenaan melibatkan isu yang memberi kesan kepada rakyat apabila ramai pelabur mengalami kerugian berjumlah ratusan juta ringgit.

“Kita telah pergi kepada individu yang terlibat dalam kes ini. Ini adalah tanggungjawab dan kerja kami,” katanya dalam sidang media selepas Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di sini.

Azam berkata Tan Sri berkenaan ditahan semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini selepas ditangkap di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Suspek wanita berusia 50-an yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah turut ditahan kelmarin.

“Beliau (Tan Sri) datang ke pejabat dan kami terus tahan, kemudian kita menjalankan proses rakaman percakapan beliau sebagai orang yang ditahan,” katanya.

Beliau memaklumkan suspek merupakan individu daripada sektor swasta dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai jenayah ekonomi.

Menurut Azam, kes berlaku kira-kira dua tahun lepas itu membabitkan pelbagai pelaburan tidak jelas namun menjanjikan pulangan tinggi.

Kes itu dipercayai melibatkan kesalahan undang-undang lain.

Beliau berkata mana-mana pelaburan yang hendak dijalankan, syarikat sepatutnya mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti.

“Syarikat Tan Sri berkenaan tidak mempunyai kelulusan dan orang ramai terus percaya. Dalam negara kita, masih ramai yang percaya kepada skim sebegini walaupun perkara ini terus berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, Azam menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada skim pelaburan dan membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melabur.

Beliau memaklumkan terdapat mangsa yang mengalami kerugian hingga RM4 juta.

“Tan Sri ini menipu satu Malaysia berumur hujung 60-an dan merupakan seorang tokoh yang dikenali,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Myanmar man jailed 13 years for running fake passport syndicate

A Myanmar national was sentenced to 13 years and seven months in jail for possessing forged passports and UNHCR cards, highlighting a crackdown on document forgery syndicates.

FMOS resolves over 2,200 financial disputes, saving consumers RM1.24 million

Financial Markets Ombudsman Service has resolved 2,268 complaints since its launch, including 83 health insurance cases that saved consumers an estimated RM1.24 million in potential legal costs.

Most Viewed

AMS Advanced Material sets stage for IPO after ACE Market approval

The Penang-based aluminium specialist will launch an IPO of 160 million shares, representing about 26% of its enlarged share capital, following approval for its ACE Market listing.
spot_img

Popular Categories