the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tangan kiri anggota tentera hampir putus termasuk ke dalam rim motosikal

TAMPIN: Seorang anggota tentera cedera parah apabila tangan kirinya hampir putus selepas termasuk ke dalam rim motosikal yang dinaiki bersama rakan dalam kemalangan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata dalam insiden pada kira-kira 7 pagi itu, dua lelaki berusia 37 tahun yang merupakan anggota tentera dalam perjalanan dari Felda Pasir Besar ke kem tersebut dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15.

“Sejurus sampai di hadapan Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin, Gemas secara tiba-tiba baju panas milik pembonceng (mangsa) tersangkut di sprocket (gegancu) motosikal yang dinaiki mereka dan menyebabkan baju itu terbelit.

“Hal itu menyebabkan mangsa terjatuh ke sisi kiri motosikal lalu mengakibatkan tangan kirinya termasuk ke dalam rim,“ menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di tangan kiri yang hancur dan hampir terputus serta patah kaki kiri manakala rakannya, yang merupakan penunggang motosikal, tidak mengalami kecederaan.

Anuwal berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tentera Darat Tuanku Mizan di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings