the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Telefon pintar bukan pengasuh kanak-kanak: Nancy

Menteri Nancy Shukri menggesa ibu bapa hentikan amalan menggunakan telefon pintar sebagai pengasuh kanak-kanak, kesan negatif terhadap emosi dan sosial perlu ditangani.

LUNDU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan telefon pintar tidak boleh dijadikan sebagai ‘pengasuh’ kanak-kanak.

Beliau berkata trend menggunakan gajet untuk mendiamkan anak bukan sahaja menjejaskan perkembangan emosi dan sosial mereka, malah berisiko mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan tidak sesuai.

“Malaysia sebenarnya telah mempunyai undang-undang dan peraturan berkaitan kawalan penggunaan peranti pintar dalam kalangan kanak-kanak, namun pelaksanaannya masih memerlukan pengukuhan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Karnival Sambutan Hari Kanak-kanak di Kampung Sempadi di sini.

Nancy menambah tumpuan kini adalah untuk memperkukuh penguatkuasaan dan mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam mengurus penggunaan gajet.

Beliau berkata langkah diambil Australia dengan melarang penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah turut menjadi rujukan.

Namun, Malaysia tidak perlu menggubal undang-undang baharu kerana peruntukan sedia ada sudah mencukupi.

“Isu ini bukan sekadar tentang teknologi, tetapi tentang perubahan budaya dalam mendidik anak-anak,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings