the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Thailand akan muktamadkan kos, jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang bulan depan

NARATHIWAT: Kerajaan Thailand dijangka akan memuktamadkan kos dan reka bentuk jambatan berkembar iaitu Jambatan Muhibbah yang merentasi Sungai Golok-Rantau Panjang pada 16 Dis ini.

Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Thotham berkata pembinaan jambatan itu yang merupakan projek kerjasama kerajaan Malaysia dan Thailand, akan bermula selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Kedua-dua negara mahukan projek jambatan baharu ini disegerakan yang pastinya memberi banyak kemudahan kepada Thailand-Malaysia,“ katanya kepada pemberita dalam sesi lawatan khas pertemuan media Kelantan bersama gabenor wilayah negara itu, baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan projek pembinaan jambatan itu akan bermula April tahun depan.

Pada 18 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berkata pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor ke Tumpat melibatkan kos melebihi RM50 juta menerusi peruntukan hampir RM1 bilion.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings