the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada mangsa banjir dirujuk ke hospital setakat ini

Tiada mangsa banjir dirujuk ke hospital dan tiada wabak dilaporkan di pusat pemindahan sementara, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

KUALA LUMPUR: Tiada mangsa banjir yang dirujuk ke hospital dan tiada kejadian wabak penyakit dilaporkan dalam kalangan mangsa di pusat pemindahan sementara setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 629 mangsa banjir di PPS seluruh negara telah diperiksa setakat semalam.

Daripada jumlah itu, 78 kes merupakan Jangkitan Saluran Pernafasan Akut manakala 16 mangsa mengalami jangkitan kulit.

Dua kes gastroenteritis akut dan satu kes konjuktivitis turut dilaporkan berdasarkan data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis.

Sembilan fasiliti kesihatan terjejas banjir dengan tiga di Kelantan, empat di Perak dan dua di Perlis.

Tujuh daripada fasiliti berkenaan ialah klinik desa, manakala masing-masing satu klinik kesihatan dan fisioterapi.

Lapan fasiliti kesihatan tidak beroperasi tetapi perkhidmatan telah dipindahkan ke fasiliti terdekat yang tidak terjejas banjir.

Satu fasiliti kesihatan masih beroperasi walaupun terjejas banjir.

Dzulkefly berkata KKM mempunyai pelan tindakan komprehensif untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan pada musim Monsun Timur Laut.

Pelan tersebut termasuk mengoptimumkan tenaga kerja, peralatan dan logistik.

KKM juga mengenal pasti fasiliti alternatif bagi memastikan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas sekiranya fasiliti utama menghadapi gangguan banjir.

Bekalan dan stok ubat-ubatan sentiasa dikemas kini untuk memastikan ia mencukupi sekurang-kurangnya tiga bulan.

Pasukan khas perubatan kecemasan termasuk Rapid Assessment Team, Rapid Response Team dan Medical Emergency Response Team sedia digerakkan bagi menghadapi situasi banjir.

Pemeriksaan di PPS turut dilaksanakan bagi mengenal pasti aspek kesihatan awam termasuk menyediakan sokongan psikososial kepada mangsa banjir.

Proses sanitasi di PPS juga dilaksanakan bagi mengelak penularan penyakit.

Sehingga pagi ini, sebanyak 20,146 mangsa banjir ditempatkan di 119 PPS di lapan negeri.

Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories