the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga beranak nyaris maut dalam kemalangan, kereta terbakar di Ipoh

Kereta Proton Preve langgar tiang elektrik di Ipoh, terbakar hampir 90 peratus. Tiga beranak cedera ringan, diselamatkan orang awam.

IPOH: Tiga beranak nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar hampir 90 peratus akibat melanggar tiang elektrik di Persiaran Kledang Utara, Taman Gamelan, Menglembu awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.57 pagi melibatkan kereta Proton Preve.

“Setibanya di tempat kejadian, api sedang marak membakar hampir 80 peratus daripada keseluruhan kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ketua operasi dimaklumkan terdapat tiga mangsa, iaitu lelaki dan perempuan dewasa serta seorang bayi yang mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa yang cedera ringan itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings