Tiga pekerja maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran kontena semasa kerja pemunggahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Jumaat lepas.
ISKANDAR PUTERI: Tiga pekerja kapal maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada Jumaat lepas.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari sebelum pasukan tiba di lokasi pada 12.40 tengah hari.
Kebakaran berlaku ketika kerja pemunggahan dijalankan di bahagian bawah geladak Blok 5 kapal terbabit.
Tiga mangsa maut terdiri daripada warga Malaysia berusia 59 tahun, warga Filipina dan warga Britain berusia lingkungan 40-an.
Tiga pekerja cedera membabitkan warga Malaysia berusia 26 tahun dan dua warga Filipina berusia lingkungan 40-an.
Semua mangsa cedera telah dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri oleh ambulans PTP.
Pemadaman awal dilakukan Bomba PTP menggunakan dua tug boat dengan sokongan operasi pemunggahan oleh Quay 118.
Sembilan anggota bersama sebuah Fire Rescue Tender serta sebuah kenderaan utiliti digerakkan dalam operasi tersebut.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Bernama






