Tiga warga Singapura antara lima individu dikompaun di Johor Bahru kerana buang sampah di tempat awam susulan penguatkuasaan Akta 672.
BANTING: Tiga warga Singapura antara lima individu dikenakan notis kompaun di Johor Bahru semalam.
Tindakan itu susulan kesalahan membuang sampah di tempat awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata maklumat itu diterima daripada SWCorp.
Penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 berkuat kuasa pada 1 Januari.
“Mereka ingat boleh (buang sampah di tempat awam), sekarang tidak boleh. Kita nak Singapura bersih, Malaysia lagi bersih,” katanya.
Beliau berkata sebanyak 120 ‘ulat sampah’ telah dikompaun di ibu negara pada ambang tahun baharu.
Tindakan perundangan seterusnya akan dilaksanakan oleh pihak pendakwaan.
Bagi lima negeri yang tidak tertakluk di bawah Akta 672, penguatkuasaan akan dilakukan pihak berkuasa tempatan.
Negeri-negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Perintah Khidmat Masyarakat itu berkuat kuasa di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pelaksanaan di negeri lain tertakluk kelulusan pihak berkuasa negeri.
Dalam perkembangan lain, Nga berkata sebanyak 10 pasar di seluruh negara akan menjadi perintis destinasi pelancongan.
Peruntukan lebih RM10 juta diperuntukkan untuk projek itu.
Konsep reka bentuk setiap pasar akan dipilih melalui pertandingan terbuka.
Pihak berkuasa tempatan akan bekerjasama dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia.
Nga juga berkata pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar akan diteruskan mengikut jadual Parlimen.
Kementeriannya telah menerima maklum balas mengenai RUU itu.








