the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tindakan menyamar sebagai penumpang bas ekspres terbukti berkesan

BUKIT MERTAJAM: Kaedah menyamar sebagai penumpang oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbukti berkesan dalam memastikan pemandu bas ekspres mematuhi undang-undang jalan raya.

Pengarah JPJ Pulau Pinang Zulkifly Ismail berkata tindakan itu mendorong pemandu untuk lebih berhati-hati dan berhemah kerana menyedari mereka diperhatikan selain tindakan segera boleh diambil, jika melakukan kesalahan.

“Sepanjang operasi penyamaran, JPJ memfokuskan kepada kesalahan seperti tiada lesen memandu, tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan penggunaan telefon bimbit semasa memandu.

“Kesalahan lain yang turut dipantau termasuk merokok semasa memandu dan memotong di garisan berkembar,“ katanya pada sidang media Operasi Khas sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di Plaza Tol Juru, di sini semalam.

Zulkifly berkata JPJ turut melakukan pemeriksaan di depoh dan terminal bas termasuk dua terminal utama di negeri ini, Terminal Bas Penang Sentral dan Terminal Bas Sungai Nibong bagi memastikan bas berada dalam keadaan baik serta selamat.

Berhubung operasi khas itu, beliau berkata sebanyak 220 pegawai dan anggota JPJ diatur gerak sepanjang pelaksanaannya sehingga 9 Feb ini, dengan tumpuan diberikan terhadap lokasi hotspot atau kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan kesesakan.

Zulkifly turut memaklumkan bahawa sebanyak 214 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, selain lima kenderaan termasuk dua kontena dan sebuah lori tangki disita dalam operasi malam tadi.

“Sitaan tiga kenderaan berat itu dibuat untuk pemeriksaan lanjut kerana dipercayai telah dilakukan pengubahsuaian sehingga boleh menjejaskan keselamatan manakala dua lagi kereta disita kerana dipandu oleh warga asing,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings