the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tinjauan kesihatan warga emas NHMS 2025 bermula 22 Julai

SEREMBAN: Institut Kesihatan Umum (IKU) melaksanakan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 bermula 22 Julai hingga 21 September ini. Kajian ini bertujuan mendapatkan data kesihatan dan morbiditi penduduk, khususnya warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, “NHMS 2025 memberi tumpuan kepada kesihatan warga emas dengan matlamat menentukan status kesihatan mereka ke arah penuaan sejahtera.” Kajian ini melibatkan kira-kira 16,700 tempat kediaman dipilih secara rawak di seluruh negara.

Modul utama NHMS merangkumi tiga domain: mental, fizikal, dan sosial. Domain mental termasuk saringan kognitif, demensia, dan kemurungan geriatrik. Domain fizikal meliputi aktiviti harian, penyakit kronik seperti kencing manis, serta sarkopenia. Manakala domain sosial menilai beban penjaga, sokongan sosial, dan kualiti hidup.

Sebanyak 43 pasukan pengumpul data di lapangan akan melibatkan lebih 5,000 responden. Aktiviti pengumpulan data termasuk temu bual bersemuka, soal selidik kendiri, dan penilaian klinikal seperti pengukuran tekanan darah, paras gula, serta ujian sarkopenia.

“NHMS 2025 dijangka memberikan maklumat terperinci tentang status kesihatan warga emas. Hasil kajian ini akan membantu Kementerian Kesihatan menilai dasar dan strategi program kesihatan,“ kata Lukanisman. Beliau menyeru semua pihak bekerjasama bagi memastikan warga emas hidup sihat dan produktif. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings