the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tunku Azizah sempurnakan Majlis Pelancaran NOSS seni kulinari, gastronomi

Tunku Azizah Aminah Maimunah lancar NOSS Seni Kulinari dan Gastronomi, tonjolkan masakan Malaysia yang sihat ke persada dunia.

LIPIS: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Seni Kulinari dan Gastronomi di sini hari ini.

Keberangkatan baginda disambut Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Lipis Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Tunku Azizah bertitah keunikan masakan masyarakat Malaysia yang lahir daripada kepelbagaian kaum amat istimewa, enak dan boleh diketengahkan ke persada dunia. 

“Masakan kita juga banyak ada makanan sihat seperti kerabu tidak guna minyak, ada juga masakan yang bakar, rebus dan disalai itu makanan yang berkhasiat… kita perlukan strategi baharu menunjukkan bahawa masakan Malaysia ini adalah sihat,” titah baginda. 

Baginda turut berkongsi akan mengeluarkan buku berkaitan masakan sihat Melayu Pahang dan masakan dari dapur istana. 

Pada majlis itu, baginda turut meluangkan masa melawat ruang pameran selain berkenan mengurniakan sijil penghargaan panel pembangunan NOSS.

Program NOSS itu turut dihadiri lebih 300 pelajar dan penggiat industri kulinari termasuk cef profesional dari seluruh negara.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menganjurkan program berkenaan sebagai platform mendekatkan aspirasi pembangunan kemahiran dengan rakyat.

Program itu juga menonjolkan peranan JPK dalam memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya kulinari dan gastronomi serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai potensi kerjaya dalam bidang berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories