the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UNRWA hadapi krisis kewangan, operasi terancam tahun ini

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran yang ia sedang menghadapi krisis kewangan serius yang mengancam keupayaannya untuk terus beroperasi sehingga akhir tahun ini, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Penasihat media UNRWA Adnan Abu Hasna berkata kekurangan kewangan ini bukan sahaja berlaku di Semenanjung Gaza atau Tebing Barat, tetapi turut melibatkan semua kawasan operasi UNRWA termasuk Jordan, Lubnan, Syria, dan Baitulmuqaddis Timur.

Beliau mendedahkan yang agensi itu kini sedang bergelut dengan defisit kira-kira US$200 juta.

Abu Hasna menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera untuk menyokong agensi itu, sambil menegaskan tanggungjawab ini bukan terletak semata-mata kepada UNRWA, tetapi menjadi tanggungjawab kolektif semua negara anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau sebelum ini memberi amaran yang dana sedia ada UNRWA hanya mampu menampung operasi sehingga akhir Jun dan menyeru bantuan kewangan segera bagi memastikan tugas penting agensi itu dapat diteruskan.

UNRWA bergantung hampir sepenuhnya kepada sumbangan sukarela daripada negara anggota PBB untuk membiayai operasinya.

Agensi ini berperanan penting dalam menyediakan perkhidmatan asas kepada berjuta pelarian Palestin, termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, bantuan kemanusiaan, pembangunan infrastruktur, penambahbaikan kem pelarian, program sokongan komuniti, perkhidmatan mikro-kewangan dan bantuan kecemasan, khususnya semasa konflik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings