Tuesday, October 28, 2025
28.5 C
Malaysia
spot_img

Usahawan Johor perlu tingkat kemahiran untuk manfaat JS-SEZ

The Sun Webdesk

Menteri Besar Johor seru usahawan tingkat kemahiran untuk manfaat peluang Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang meliputi 3,500 km persegi.

JOHOR BAHRU: Semua pihak terutama usahawan dan peniaga diseru meningkatkan kemahiran serta melengkapkan diri dengan kemahiran baharu supaya mampu bersaing pada peringkat global.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha meningkatkan kemahiran amat penting bagi memastikan rakyat Johor mampu bersaing serta seiring pembangunan negara maju.

Beliau menekankan usahawan boleh merebut peluang diwujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang meliputi keluasan 3,500 kilometer persegi.

JS-SEZ akan menumpukan kepada pelbagai sektor termasuk pembuatan, logistik, runcit serta pelancongan dengan banyak jenama besar akan berada di Johor.

Usahawan tempatan berpotensi untuk maju melalui JS-SEZ dengan pelbagai peluang serta insentif ditawarkan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Onn Hafiz berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Johor Business Summit & Expo (JBSE 2025) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Beliau menegaskan usahawan perlu memainkan peranan aktif memperkukuh keupayaan serta daya saing masing-masing walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan.

Kerajaan negeri hanya mahu menampilkan usahawan dan peniaga benar-benar berdaya saing serta mempunyai mutu perkhidmatan bertaraf tinggi bagi memastikan keyakinan pelabur asing dapat dikekalkan.

“Kita tidak mahu menawarkan pelabur usahawan yang berada bawah tahap standard atau sekadar biasa-biasa,” jelas Onn Hafiz.

Beliau mengingatkan jika usahawan tidak bersedia, pelabur mungkin berurusan sekali sahaja dan akhirnya mengadu kepada kerajaan negeri.

“Ini cabaran besar perlu kita tangani kerana tiada istilah makan percuma dalam perniagaan,” tegasnya.

Onn Hafiz menekankan usahawan mesti berusaha meningkatkan kemampuan dan kualiti perkhidmatan mereka untuk bersaing.

JBSE 2025 berlangsung dua hari bermula hari ini dengan menampilkan sesi forum menghimpunkan pakar industri, pembuat dasar dan pemimpin perniagaan.

Pameran juga menampilkan 80 gerai pameran yang mengetengahkan pembekal perniagaan, mesin, bahan mentah, pembungkusan serta perusahaan kecil dan sederhana.

Acara ini mempamerkan produk serta inovasi di bawah kempen “Meh Sapot Lokal” untuk usahawan tempatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Dato’ Sri Aliff Syukri Reflects on His Journey Ahead of Shopee’s 10th Anniversary

Dato’ Sri Aliff Syukri reflects on his inspiring journey from humble beginnings to Shopee brand ambassador, motivating young Malaysians to chase their dreams and embrace online entrepreneurship during Shopee’s 10th anniversary and 11.11 Big Sale.

MIPIM Asia 2025 Awards Finalists Revealed

MIPIM Asia 2025 has revealed its 30 finalists spanning 10 categories, honouring exceptional real estate projects across Asia. Winners of the Gold, Silver, Bronze, and Special Jury Awards will be announced at the MIPIM Asia Gala Dinner on 4 December in Hong Kong.

FBS and Bros Gang TV Bring Meaningful Change to Malaysia’s Orang Asli Community

FBS, in collaboration with Bros Gang TV, launched a charity project to help Orang Asli families in Taman Negara Pahang. The initiative provided essential goods and support to 30 households, highlighting FBS’s commitment to giving back and creating positive social impact.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img