the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Vaksin influenza percuma untuk warga emas berpenyakit kronik di Melaka

Warga emas dengan penyakit kronik di Melaka layak dapat vaksin influenza percuma, manakala ubat antiviral seperti Tamiflu hanya untuk kes tertentu

MELAKA: Pemberian vaksinasi influenza hanya diberi secara percuma kepada golongan warga emas yang mempunyai penyakit kronik.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Datuk Ngwe Hee Sem berkata kumpulan itu lebih berisiko mengalami komplikasi serius akibat jangkitan influenza.

“Warga emas yang menghidap diabetes, sakit jantung, hipertensi dan lain-lain lebih berisiko mengalami komplikasi serius, kemasukan ke hospital atau kematian akibat jangkitan influenza,“ katanya.

Beliau berkata ubat antiviral seperti Tamiflu juga dibekalkan kepada pesakit yang memerlukan di fasiliti Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun, ubat ini adalah ubat terkawal dan bukan untuk semua pesakit kerana 80 hingga 90% kes influenza adalah ringan,“ jelasnya.

Pengambilan ubat antiviral memerlukan preskripsi doktor untuk memastikan penggunaan yang rasional.

Ngwe berkata demikian ketika menjawab soalan di sidang Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri.

Beliau menjawab soalan mengenai inisiatif membantu keluarga B40 mendapatkan rawatan berkaitan influenza.

Cadangan kerjasama strategik dengan klinik swasta pula dilihat sebagai opsyen wajar untuk dipertimbang.

“Program kolaborasi berkenaan perlu diteliti dan dimuktamadkan sebagai dasar rasmi di peringkat KKM,“ ujarnya.

Polisi utama KKM berhubung pengurusan influenza adalah fokus kepada saringan, rawatan dan vaksinasi.

“Semua perkhidmatan kritikal ini boleh diakses sepenuhnya di fasiliti kesihatan kerajaan,“ katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories