the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita hilang ketika mandi di Pantai Penunjuk ditemukan lemas

KEMAMAN: Seorang wanita yang dilaporkan hilang ketika ketika mandi bersama suaminya di Pantai Penunjuk, Kijal di sini Jumaat lepas, ditemukan lemas malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mayat Rokiah Abd Rahman, 59, ditemukan terapung pada 7.30 malam oleh beberapa pekerja chalet di Pantai Air Tawar berdekatan Pulau Tenggol, Dungun kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat telah menerima laporan dari beberapa pekerja chalet mengenai penemuan objek seperti manusia. Polis dan bomba dengan bantuan orang awam telah pergi ke lokasi tersebut dan membawa mayat ke darat.

“Mayat tiba di Jeti Kuala Kemaman kira-kira 3 pagi dan proses pengecaman telah dibuat oleh dua waris di Unit Forensik Hospital Kemaman,“ katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Pada awal pagi Jumaat lepas, Rokiah dan suaminya Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, dari Temerloh, Pahang datang bercuti di pantai tersebut bersama empat anak mereka sebelum kedua-duanya hilang akibat arus deras.

Mayat Ahmad Qarib bagaimanapun ditemukan terapung oleh dua pemancing kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada 2.10 petang hari sama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings