Saturday, November 8, 2025
28.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Wanita Rusia buat laporan polis terhadap pempengaruh TikTok

Bernama

Polis sahkan terima laporan wanita Rusia dakwa dimaki lucah pempengaruh TikTok, siasat bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKM.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita warganegara Rusia berhubung insiden penghinaan berbaur lucah oleh seorang pempengaruh lelaki di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Wanita itu sebelum ini membuat hantaran di Threads menjelaskan tindakan membuat laporan dilakukan selepas menerima nasihat daripada individu yang bimbang akan keselamatannya.

BACA: Kementerian Komunikasi mohon bantuan Google siasat ugutan video lucah

“Saya pergi ke balai polis bukan kerana marah, tetapi (tindakan) berdiam diri hanya melindungi individu yang menyakitkan orang lain,” katanya.

Beliau menegaskan tiada wanita patut berasa takut untuk mempertahankan diri.

Insiden itu menjadi tular apabila seorang lelaki melalui akaun ‘Hazren Rich Empire’ membuat siaran langsung sambil merakam wanita itu tanpa kebenaran.

Dalam siaran tersebut, lelaki itu didakwa menggunakan perkataan berbaur lucah merujuk kepada mangsa ketika sedang makan di sebuah restoran. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img