the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani – Fahmi

PUTRAJAYA: Warga Kementerian Komunikasi khususnya penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia MADANI serta menjadi penyampai maklumat kepada orang awam mengenai inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Menegaskan bahawa peranan itu amat penting, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yakin sebagai penjawat awam semua penerima APC akan meletakkan sepenuh komitmen dalam setiap tugasan yang diamanahkan kepada mereka.

“Insya-Allah dalam beberapa bulan ada tugasan baharu yang akan kita umumkan nanti. Kita diarahkan maka kita buat, perkara ini sangat penting sebab kita sebagai penerima APC perlu menjadi contoh.

“Saya mohon semua penerima APC hari ini untuk jadi pemangkin dan zahirkan konsep Malaysia MADANI yang kita inginkan,” katanya ketika berucap pada Majlis APC 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di sini hari ini.

Hari ini 522 warga Kementerian Komunikasi menerima sijil penghargaan dan insentif bernilai RM1,000 sempena majlis APC 2023 termasuk 63 penerima daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings