the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terengganu dilanda banjir gelombang keempat

KUALA TERENGGANU: Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), sebanyak 24 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka 11 pagi tadi.

Tiga PPS yang dibuka hari ini ialah di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Orang Ramai Bukit Parit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mengkuang.

Sementara itu, menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/data-paras-air/?state=TRG, semua stesen sungai di negeri ini mencatat paras normal kecuali Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman yang berada pada paras amaran.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga esok di daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings