the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tidak dapat berburu dan berkebun, penduduk Orang Asli terpaksa berjimat

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli suku Temiar di Pos Belatim, di sini terpaksa berjimat cermat menggunakan wang bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam perbelanjaan keluarga disebabkan pendapatan terjejas ekoran ancaman haiwan liar di kawasan penempatan itu.

Rahimi Dolah, 44, dari Kampung Kajak berkata penduduk bukan sahaja menghadapi ancaman gajah liar, malah dua anjing peliharaan cedera diserang harimau kumbang pada 2 Nov lepas.

Penduduk, katanya kini sentiasa berjaga-jaga dan takut untuk keluar berburu serta mencari hasil hutan untuk dijual sekali gus menjejaskan sumber makanan dan pendapatan mereka.

“Buat masa sekarang, memang kami takut hendak masuk hutan… kalau hendak masuk juga mesti berpakat sekurang-kurangnya empat orang membawa lembing, itu pun pergi tidak jauh hanya di pinggir kampung semata-mata ke kebun dan tidak lagi bermalam di dalam sana.

“Jika dulu kami boleh pergi jauh dari kampung dan masuk hutan mencari sumber makanan, tetapi sekarang hanya berjimat makanan yang ada. Kebetulan sebelum ini kami ada membuat persiapan musim tengkujuh dan keluar ke bandar membeli bekalan makanan selepas mendapat bantuan STR,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pekebun, Endy Bah Kuhoi, 35, dari Kampung Cacuh berkata penduduk hanya bergantung kepada wang STR dan terpaksa memikirkan jalan lain untuk menjana pendapatan mereka.

“Penduduk di sini mendapat STR berjumlah dari RM600 hingga RM1,200 mengikut jumlah ahli keluarga dan kelayakan.

“Kami gunakan duit STR itu beli bekalan makanan kering yang pada asalnya untuk menghadapi musim tengkujuh ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Sapiah Mohd Nor berkata pihaknya mengambil maklum serangan dan kekerapan kemunculan haiwan liar di kawasan perkampungan penduduk.

“Kita harap penduduk Orang Asli berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga mereka. Sebagai langkah jangka panjang, kami dalam proses memasang lampu solar untuk menerangkan kampung-kampung Orang Asli.

“Sebelum ini kita sudah bangkitkan kepada pihak kementerian kerana lampu itu bukan kita nak memeriahkan kampung tetapi demi keselamatan penduduk termasuklah mengelak daripada ancaman haiwan liar,“ katanya ketika ditemui baru-baru ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings