the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Trump ucap terima kasih kepada Anwar atas peranan perjanjian damai Thailand-Kemboja

Presiden AS Donald Trump hargai Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai perantara kejayaan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja.

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan beliau menjadi perantara kepada pemeteraian perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand hari ini.

Trump menyifatkan Anwar sebagai tokoh hebat dan bersejarah atas peranannya dalam perjanjian damai itu, sambil menegaskan bahawa beliau berasa terpanggil untuk melawat Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selepas Anwar berjaya menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara berkenaan.

“Kedua-dua pemimpin (Thailand dan Kemboja) amat menghormati antara satu sama lain, namun Perdana Menteri (Anwar) memainkan peranan penting dalam membantu mempertemukan kedua-dua pihak untuk mengadakan rundingan di Kuala Lumpur,” katanya.

Trump berkata demikian sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai “Delivering Peace – Cambodia-Thailand Peace Deal” di sini hari ini.

Turut hadir ialah Anwar, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Japan’s Hokkaido University Strengthens International Engagement Ahead of Its 150th Anniversary

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 16 December 2025 – Hokkaido University hosted the "Hokkaido University 150 Initiative" on 3 November 2025 at One&Co open space (#11-01, 20 Anson Road, Singapore 079912) as part of its efforts to deepen international collaboration in the lead-up to the University's 150th anniversary in 2026.
spot_img

Popular Categories