the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
28.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit kukuh ke paras 3.9485 berbanding dolar AS susulan data hambar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Ringgit dibuka lebih kukuh pada 3.9485 berbanding dolar AS, didorong data ekonomi AS yang lemah dan jangkaan pelonggaran dasar monetari

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data ekonomi AS yang hambar seterusnya memberi tekanan selanjutnya terhadap mata wang itu.

Ketika dagangan dibuka pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9485/9500 berbanding dolar AS, paras yang kali terakhir dicatatkan pada Mei 2018, daripada 3.9500/9555 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot 1.32 peratus kepada 95.759 mata apabila data terkini  mengukuhkan jangkaan terhadap pelonggaran dasar monetari tahun ini.

“Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board AS turut susut kepada 84.5 mata pada Januari, merosot melebihi jangkaan dan lebih rendah daripada unjuran konsensus pada 90.6 mata,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata prestasi indeks itu menunjukkan kalangan rakyat AS semakin bimbang terhadap kos sara hidup dan prospek guna tenaga, menandakan perbelanjaan pengguna — tonggak utama ekonomi AS — berkemungkinan terus sederhana.

“Selain itu, yen Jepun terus mengukuh susulan perbincangan berterusan mengenai kemungkinan campur tangan terselaras oleh kerajaan Jepun dan Rizab Persekutuan AS,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata ringgit berpotensi menembusi paras di bawah 3.95 berbanding dolar AS, dipacu kelemahan berterusan mata wang negara itu.

Bagaimanapun, ringgit dibuka bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama dan mata wang negara rakan serantau ASEAN.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4592/4613 daripada 5.4103/4178 ketika ditutup pada Selasa, dan rendah berbanding euro kepada 4.7473/7491 daripada 4.6958/7023.

Unit tempatan juga turun  berbanding yen Jepun kepada 2.5890/5902 daripada 2.5691/5730.

Ringgit juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1317/1332 daripada 3.1174/1219 ketika ditutup semalam, dan kurang stabil berbanding baht Thailand kepada 12.7639/7790 daripada 12.7247/7478.

Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 235.4/235.6 daripada 235.5/236.0, dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.68/6.69 daripada 6.68/6.70.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bambang Pamungkas: The Indonesian forward feared by opposing defenders

Bambang made his breakthrough as a teenager playing for Persija Jakarta FC, having earlier spent time in the Netherlands honing the skills that made him stand out from his peers in Indonesia.

VinFast VF 8: Blending Business and Family Leisure in an Electric SUV

Today's premium SUVs are expected to do more than ever before. For EVs, that expectation increasingly extends beyond the drive itself to the ownership experience that comes with it.

Alpro Launches Subsidised RM1 Ferritin Checks to Help Women Understand, Prepare and Live Well...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Perimenopause is a natural stage in a woman's life, yet many women enter this transition without fully understanding what is happening to their bodies or knowing where to seek support.

VinFast partners with TÜV Rheinland to advance vehicle testing capabilities for Vietnam’s automotive industry

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - VinFast today announced the signing of a strategic Memorandum of Understanding (MOU) with TÜV Rheinland, a global leader in automotive testing, inspection and certification, to strengthen vehicle testing capabilities in Vietnam.

Discover Singapore’s Creative & Culinary Heritage in Chinatown Singapore with Family-Friendly Weekend Workshops

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Visitors looking to experience Singapore beyond its iconic attractions can now immerse themselves in two hands-on heritage workshops in the heart of Chinatown.

HKT to launch ultra-low latency 3.2Tbps AI Data Centre Inter-connect Superhighway to support Hong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - HKT (SEHK: 6823) today announces plan to roll out its ultra-low latency 3.2Tbps AI Data Centre Inter-connect (DCI) Superhighway service, the first of its kind in Hong Kong, enabling AI infrastructure providers and institutions to have ultra-fast and seamless access to computing resources across multiple data centres to meet next-generation AI workloads.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings