the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita ditemukan maut dalam kereta, rakan lelaki pengsan

KOTA BHARU: Seorang wanita berusia 20 tahun ditemukan maut manakala seorang lagi rakannya tidak sedarkan diri dalam kereta, di sebuah stesen minyak dekat jalan Sultan Ibrahim, di sini, 10.17 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan keracunan gas karbon monoksida.

“Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki Melayu berumur 20 tahun dan seorang wanita Melayu berumur 20 tahun telah terbaring tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Myvi,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat wanita itu telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mohd Rosdi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan menghormati privasi keluarga mangsa. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings