the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita maut ditetak lelaki

BUTTERWORTH: Seorang wanita meninggal dunia selepas diserang dan ditetak dengan sebilah parang oleh seorang lelaki dalam kejadian di kawasan Raja Uda, Butterworth di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie (gambar) berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 11.10 pagi iaitu seorang lelaki tempatan telah menetak seorang wanita di bahagian leher sehingga mengalami kecederaan parah.

“Mangsa yang berusia 42 tahun telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan meninggal dunia pada 11.58 pagi ketika menerima rawatan di hospital, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian belakang leher dan bahu kiri wanita tersebut.

“Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik HSJ untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya pasukan polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan terdapat rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut yang merakam kejadian itu serta terdapat juga saksi yang melihat insiden berkenaan.

“Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat ASP Nasrina Darus di talian 04 – 576 2222 (sambungan 2275) bagi membantu siasatan,“ katanya.

Mohd Asri berkata suspek iaitu lelaki tempatan berusia 29 tahun itu telah berjaya ditahan polis selepas dia terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang ketika melarikan diri selepas melakukan jenayah tersebut.

Terdahulu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.23 pagi memaklumkan ada individu terjun dari Jambatan Pulau Pinang.

Katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dikerahkan ke lokasi dan sejurus tiba pihaknya menemukan sebuah motosikal jenis SYM dipercayai milik suspek ditinggalkan di bahu jalan di jambatan berkenaan.

Bagaimanapun, semakan mendapati lelaki itu telah diselamatkan oleh nelayan yang melalui kawasan terbabit sebelum kes diserahkan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, satu rakaman video turut tular di media sosial menunjukkan lelaki terbabit cuba terjun sekali lagi dari bot nelayan biarpun dia telah diselamatkan ketika mereka dalam perjalanan menghala ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings