the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita terjatuh laut dari Jambatan P.Pinang dakwa ditolak rakannya

GEORGE TOWN: Wanita yang terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang semalam mendakwa ditolak rakan lelakinya ketika mereka sedang bertengkar di hentian jambatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin (gambar) berkata berdasarkan keterangan awal wanita berusia 40 tahun itu mendakwa telah ditolak rakannya berusia 37 tahun tersebut yang juga pegawai kanan polis tetapi bukan bertugas di negeri ini.

Katanya polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Dalam kejadian 7.45 malam itu, pada mulanya berlaku pertengkaran antara lelaki dan wanita yang merupakan rakan itu sebelum mereka yang menaiki kereta berhenti di hentian Jambatan Pulau Pinang tersebut, wanita itu mendakwa dia telah ditolak oleh rakannya lelaki sebelum mereka jatuh bersama.

“Pada masa sama seorang lelaki (orang awam) yang berada di situ terus terjun untuk menyelamatkan mereka dan ketiga-tiga mereka telah diselamatkan dengan dibawa bot nelayan ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khaw ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut antara ACP Razlam Abd Hamid dan Supt V. Saravanan yang sebelum ini memangku jawatan itu. Razlam sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Taiping di Perak.

Khaw berkata polis ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk merekodkan keterangan saksi-saksi yang melihat kejadian itu bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya lelaki itu masih menerima rawatan di hospital kerana kecederaan di kepala dan pihak polis akan merekodkan keterangannya dalam masa terdekat ini.

Menurutnya berdasarkan siasatan pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan iaitu Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut, baru-baru ini.

“Lelaki itu masih di hospital dan nanti kami akan tengok dulu dari segi percakapannya dan berhubung kenyataan wanita tersebut kami juga siasat setakat mana kejituannya berhubung dakwaan kata ditolak.

“Kami kena dapatkan pengesahan dulu, kepastian daripada saksi lain dan baru kami putuskan sama ada akan reman atau tidak pegawai kanan polis tersebut,“ katanya.

Khaw berkata wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia bekerja kilang serta menetap di Pulau Pinang.

Dalam kejadian itu, tindakan pantas seorang lelaki yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di Kilometer 2.8 menghala Perai, semalam.

Media melaporkan sebelum terjatuh ke dalam laut, mereka yang menaiki kereta Honda City dipercayai telah bergaduh di kawasan hentian di Jambatan Pulau Pinang. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings