the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing disyaki terlibat pengedaran dadah yang dibungkus semula dalam pek makanan segera menerusi dua serbuan berasingan di sebuah kondominium di Cheras, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kesemua yang berusia lingkungan 28 hingga 39 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah malam dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine bernilai RM503,520.

Beliau berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan dua lelaki terbabit di kedai serbaneka di tingkat bawah kondominium itu dan merampas serangkai anak kunci serta kad akses unit kondominium berkenaan yang disewa pada harga RM2,050 untuk dijadikan tempat penyimpanan dadah.

“Dalam serbuan kedua, polis menahan wanita warga asing berkenaan yang didapati menggunakan pas lawatan sosial bagi memasuki negara ini bersama syabu seberat 15.735 kilogram,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Menurut Zam Halim modus operandi mereka dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari utara Semenanjung tanah air sebelum dibungkus semula menggunakan pek makanan segera bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Mereka mengambil pesanan dadah melalui aplikasi Telegram sebelum dihantar kepada pembeli dan dipercayai sudah aktif mengedar di sekitar Lembah Klang sejak Januari tahun ini. Mereka menerima upah RM15,000 hingga RM20,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata dadah yang dirampas dianggar mampu menampung penggunaan 31,470 penagih dan kesemua direman hingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings