the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas antara empat ditahan berjudi

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas berusia 60 tahun antara empat lelaki yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah pusat karaoke di sini, malam tadi.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Khairul Azizi Idris berkata empat lelaki berusia antara 45 hingga 60 tahun itu ditahan pada 11.30 malam dalam operasi mencegah jenayah syariah di empat premis karaoke sekitar bandar raya Kuala Terengganu.

Beliau berkata ketika diserbu mereka memberi alasan baru tiba di pusat hiburan itu, namun hasil pemeriksaan menemukan sejumlah wang dan daun terap dipercayai digunakan untuk berjudi.

“Kesemua lelaki tersebut ditahan mengikut Seksyen 22(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 untuk siasatan lanjut dan semua wang tunai serta daun terup tersebut telah disita.

“Bagaimanapun, mereka telah dilepaskan dengan jaminan hadir ke mahkamah,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Khairul Azizi berkata jika sabit kesalahan, keempat-empat lelaki itu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan dikenakan tindakan tegas oleh JHEAT.

“Kita akan memperkasakan lagi operasi ini di premis-premis dikenal pasti untuk mencegah umat Islam daripada melakukan kesalahan jenayah syariah,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings