the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas maut, pacuan empat roda dihempap batu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dihempap batu besar di Kuala Tomani, Mansaam, Tenom hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zainal Sinsian dalam kenyataan berkata pihaknya mengeluarkan Ho Ka Cheong, 65, yang tersepit dalam kenderaan itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.27 tengah hari sebelum menempuh perjalanan sejauh 45 kilometer (km) dari BBP Tenom.

Pasukannya kemudian menaiki kenderaan awam sejauh 10 km melalui jalan tidak berturap yang menjadi laluan lori balak untuk ke lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, sebelum operasi ditamatkan pada pukul 3.22 petang,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings