the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Waris Fiza Kamarudin layak terima faedah Perkeso

KUALA LUMPUR: Waris kepada wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin atau dikenali sebagai Fiza Kamarudin, 40, yang meninggal dunia di London, United Kingdom layak menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata semakan rekod caruman ibu kepada dua cahaya mata masing-masing berusia 8 dan 10 tahun itu mendapati Allahyarham pernah berkhidmat di tujuh syarikat berbeza, sejak Disember 2002.

“Sehubungan itu, suami Allahyarham Roshdi Ramli layak mendapat faedah Perkeso untuk sepanjang hayat, manakala dua anaknya diberikan manfaat sama sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rekod caruman Perkeso milik Siti Nor Hafiza, keluarganya layak untuk menerima bayaran berkala Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,975 setiap bulan dan FPM RM2,000 secara sekali bayar, menerusi Skim Keilatan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Katanya Perkeso turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap penyaluran faedah itu berupaya membantu kelangsungan hidup mereka.

Kenyataan itu turut memaklumkan Mohammed Azman bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau dikenali sebagai ‘Altimet’ mengadakan Ziarah Prihatin ke rumah waris Allahyarham hari ini.

Pada 29 Dis lepas, Fiza Kamarudin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London pada 6.30 petang waktu tempatan atau 11.30 malam waktu Malaysia. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings