the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wong: PdP hibrid pendekatan selesai masalah kekurangan guru

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid dilihat sebagai satu daripada kaedah mengatasi masalah kekurangan guru dalam mata pelajaran tertentu ketika ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (gambar).

Beliau berkata PdP hibrid yang sedang dijalankan ketika ini adalah gabungan pendekatan pengajaran secara bersemuka dan dalam talian dengan sebilangan murid belajar secara bersemuka, sementara sekumpulan lain mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Menurutnya berdasarkan kaedah PdP hibrid itu, murid dalam beberapa kelas dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan mengikuti pembelajaran berdasarkan jadual diberikan oleh sekolah.

“Selain itu, antara kelebihan pendekatan kaedah hibrid ini adalah pembelajaran yang lebih anjal dan dapat dilaksanakan dengan jumlah murid yang ramai.

“Menerusi pendekatan ini guru akan lebih fleksibel dalam pengajaran,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan DIMIX@ Karnival Digital, Terokai Teknologi Pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC) Mun Yee di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Zainal Abas dan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Roslan Abu Hassan.

Difahamkan ketika ini 55 sekolah di Kuala Lumpur sudah menjalankan pembelajaran secara hibrid dan jumlah itu akan meningkat dan diperluas ke seluruh negeri menerusi pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital Negara.

Pada majlis itu, Wong turut menyaksikan proses PdP hibrid antara SJKC Mun Yee bersama Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai dan Sekolah Haixin, Qingdao China.

Melalui pelaksanaan pendidikan hibrid, sesi PdP yang dijalankan boleh berlangsung tanpa sempadan secara serentak walaupun di negara lain. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings