the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: 22 juta umat Islam belanja RM5.4b di bazar Ramadan

TANAH MERAH: Sebanyak 22 juta umat Islam didapati berbelanja hampir RM5.4 bilion di bazar Ramadan di seluruh negara berdasarkan kajian Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, beliau mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.

“Berbelanja itu pastinya boleh tetapi sentiasa ingat, jangan membazir … ia bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan mendidik umat Islam agar bersederhana. Kita dapati bahawa secara purata 850 kilogram (makanan) dibazirkan setiap individu,“ katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Mukim Batang Merbau di sini hari ini.

“Saya tahu di Kelantan, bulan Ramadan bagaikan pesta makanan, tambahan pula negeri ini sangat terkenal dengan makanan yang sedap-sedap dan pelbagai kuih-muih.

“Puasa, puasa juga tetapi jangan sampai berlakunya pembaziran serta berbelanja melebihi keperluan dan mengikut nafsu semata-mata,” katanya.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bulan Ramadan dijadikan tempoh latihan untuk mendisiplinkan diri dengan berkongsi rasa kesusahan terhadap golongan yang memerlukan dan menyemai sikap berjimat cermat.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyerahkan sumbangan berjumlah RM293,300 untuk 475 masjid dan madrasah di kawasan Kesedar bagi mengimarahkan institusi itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings