the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Peraturan EU tidak beri kesan ke atas Felcra, Risda

KUALA LUMPUR: Felcra Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) tidak terkesan secara langsung daripada Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini berikutan hasil tanaman kelapa sawit dan getah di bawah kedua-dua entiti itu hanya dijual di pasaran tempatan.

“Namun demikian, kita perlu mengambil peduli dengan keperluan antarabangsa yang berkaitan dengan sekatan ini.

“Sehubungan itu, kita telah melaksanakan program kebolehjejakan di peringkat ladang dan kilang penapisan bagi memastikan sumber buah sawit itu datang dari ladang yang mempunyai Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO),” katanya yang mewakili kementerian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Perundangan EU itu yang berkuat kuasa pada Januari 2025, mewajibkan pengendali pengeluaran produk komoditi di bawah skop EUDR untuk membuktikan bahawa produk dihasilkan tidak dikaitkan dengan penebangan hutan melalui proses usaha wajar membabitkan pengesanan dan lokasi geografi.

EUDR yang sudah diluluskan oleh EU, merangkumi enam komoditi seperti soya, daging lembu, minyak sawit, koko, kayu dan kopi.

Dalam pada itu, mengulas cadangan untuk mewujudkan entiti khas Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara (UTARA) bagi menampung kepesatan ekonomi di Kota Bharu dan kawasan sekitarnya, Ahmad Zahid berkata syor itu sebagai baik untuk manfaat penduduk di kawasan berkenaan.

“Insya-Allah, saya akan memaklumkannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneliti perkara itu.

“Tapi untuk langkah awal, saya akan minta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) untuk memperluaskan (usaha pembangunan) di utara dahulu dengan peruntukan sedia ada,” katanya.

Menurutnya, ini berikutan cadangan oleh Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh di Dewan Negara semalam, dibuat selepas pengumuman Belanjawan 2024. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings