the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zambry: Kerjasama kolej komuniti, kerajaan negeri dan industri penting dalam menentukan kesesuaian PSH

MELAKA: Kerjasama komuniti setempat dengan kerajaan negeri sangat penting dalam menentukan keperluan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang bersesuaian untuk penuntut, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).

Beliau berkata penglibatan dengan pihak industri turut disarankan agar program yang ditawarkan dapat melahirkan siswazah yang dapat memenuhi pasaran, sekali gus mampu menjana ekonomi negeri dengan lebih mampan dan sejahtera.

“Saya juga mahu melihat proses pemindahan ilmu kepada masyarakat turut berlaku dalam kalangan pendidik dan pelajar kolej komuniti dan politeknik memandangkan kedua institusi ini bukan sekadar melahirkan graduan yang dapat memenuhi pasaran kerja terutamanya bidang kemahiran terkini dan juga Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau membuat lawatan kerja rasmi ke Kolej Komuniti Jasin (KKJ) dan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) hari ini.

Dalam lawatan julung kalinya ke kolej komunti dan politeknik selepas dilantik menjawat jawatan Menteri Pendidikan Tinggi, beliau turut mengambil maklum berkenaan keperluan KKJ dan PMM dalam meneruskan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat setempat.

Dalam pada itu beliau berkata program turun padang ke institusi pengajian tinggi (IPT) menjadi antara agenda utama kementeriannya dalam usaha mengangkat imej IPT di seluruh negara termasuk institut pengajian tinggi awam, swasta, politeknik serta kolej komuniti dan pada masa sama mendengar dan mendekati mahasiswa, tenaga pengajar dan warga kampus. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings