the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10% daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC

SHAH ALAM: Sebanyak 10 peratus daripada kira-kira 1,900 premis yang mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC) di Selangor tidak memenuhi piawaian sijil berkenaan seperti tidak melaksanakan latihan kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata selain tidak melaksanakan latihan kebakaran bagi menguji sistem pencegahan dan keselamatan bangunan sekiranya insiden kebakaran berlaku, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.

Beliau berkata latihan kebakaran perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi menilai tahap keselamatan dan kesiapsiagaan bomba dan pasukan tindakan kecemasan (ERT) sesebuah bangunan.

“Sistem pencegahan keselamatan setiap bangunan perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik, dan tidak menjadi punca kepada kegagalan dalam operasi pemadaman dan penyelamatan sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau latihan kebakaran premis dan penyelamatan mangsa di pusat beli-belah AEON Shah Alam di sini hari ini.

Wan Md Razali berkata terdapat sembilan kategori premis perlu mempunyai FC iaitu perpustakaan, hospital dan rumah rawatan, hotel, asrama, pejabat, kedai, kilang, tempat perhimpunan serta storan dan am.

Sementara itu, beliau berkata situasi banjir di Sungai Buloh kini terkawal dengan air di kawasan terjejas sudah mulai surut manakala sebilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibenarkan pulang.

Wan Md Razali bagaimanapun berkata PPS Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Desa Coalfields yang dibuka semalam masih beroperasi setakat ini.

“Insiden banjir ini antaranya berpunca daripada hujan lebat yang berlaku bersekali dengan air pasang. Bagaimanapun keadaan adalah terkawal,” katanya dan menambah seramai 500 pegawai dan anggota diletakkan dalam keadaan bersiap siaga berikutan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings