the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

1,000 ikan siakap 90 sen habis dijual dalam sejam

KUALA TERENGGANU: Simpati dengan nasib golongan memerlukan termasuk yang terjejas banjir, seorang peniaga ikan di Kuala Terengganu mengambil inisiatif menjual ikan siakap pada harga 90 sen seekor bagi ikan seberat kira-kira 700 gram, hari ini.

Sauffian Sauji, 36, berkata harga istimewa yang ditawarkan itu sangat murah berbanding harga jualannya iaitu RM10 hingga RM11 seekor bagi saiz sama.

Menurut pemilik kedai ‘Ikang Flyover’ itu, sebanyak 1,000 ekor ikan siakap dijual dengan harga murah pada hari ini, dengan had pembelian maksimum enam ekor seorang dan kesemua ikan sangkar itu habis terjual dalam tempoh 40 minit.

“Sambutan hari ini cukup luar biasa. Seawal 6 pagi orang sudah beratur, pekerja saya pun belum sempat buka kedai orang sudah serbu. Keseluruhan ikan siakap yang kita bawa hari ini adalah sebanyak 4,000 kilogram lebih. Sebanyak 1,000 ekor kita jual 90 sen seekor dan selebihnya kita jual dengan pelbagai harga tetapi masih murah seperti RM10 untuk tiga ekor dan RM6 seekor.

“Ikan siakap ini kita ambil dari penternak ikan sangkar di Pulau Pinang. Pada 3 petang semalam bekalan ikan sampai di Terengganu dan hari ini kita terus jual jadi memang ikan-ikan ini segar. Kita juga jual pelbagai ikan lain seperti ikan kembung, udang belang dan lain-lain lagi pada harga murah daripada pasaran,” katanya ketika ditemui pemberita di kedainya di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.

Menurut Sauffian, jualan murah itu juga bersempena dengan pembukaan cawangan keempat kedainya dan bercadang mengadakan jualan ikan siakap pada harga 80 seekor pada masa akan datang.

“Kita buat ini pertama memang untuk membantu mereka terkesan dengan banjir dan kurang berkemampuan kerana ikan siakap ini boleh dikatakan agak mahal untuk dibeli terutama keluarga yang mempunyai anak ramai. Ia juga bersempena dengan pembukaan cawangan ‘Ikang Flyover’ keempat hari ini.

“Bila saya tengok sambutan sangat menggalakkan, saya ingin buat jualan murah lagi pada masa akan datang, tidak perlu tunggu pembukaan cawangan baharu. Mungkin lepas ini kita akan jual 80 sen seekor pula,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan Halimaton Mohamad, 45, berkata dia berharap lebih ramai peniaga menjual barangan makanan termasuk ikan pada harga murah bagi membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi peningkatan kos sara hidup masa ini.

“Baguslah jual murah begini, orang kurang berkemampuan seperti saya pun dapat makan ikan siakap. Selama ini asyik makan ikan Selayang sahaja. Harap peniaga ikan ini dapat jual murah sebegini lagi pada masa akan datang,” katanya yang membeli enam ekor ikan siakap.

Sementara itu Shahmi Hapizi, 24, dari Kampung Sungai Kerak dekat Marang berkata dia hanya sempat membeli tiga ekor ikan siakap yang dijual pada harga RM10 kerana ikan siakap yang dijual lebih murah itu telah habis.

“Saya tidak tahu ada yang datang ke sini seawal 6 pagi. Apabila saya sampai pada 9 pagi tadi saya lihat orang juga telah berkurangan dan ikan siakap 90 sen seekor pun sudah habis,” katanya sambil berharap jualan murah berkenaan dapat diteruskan kerana ia sangat membantu mereka kurang berkemampuan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings