GEORGE TOWN: Sejumlah 1,592 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 di Pulau Pinang sehingga 30 Mac lepas.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam kenyataan memaklumkan data kematian direkodkan masing-masing satu kes di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan (SPS).

“Kumulatif wabak denggi pada Minggu Epidemiologi ke-14 ialah sebanyak 165 kes dengan bilangan wabak semasa 28 kes. Seberang Perai Tengah (SPT) kekal mencatatkan rekod tertinggi iaitu 16 kes.

“Dua kawasan di SPT dikenal pasti sebagai hotspot taburan lokaliti wabak denggi iaitu Taman Nirwana dan Kampung Kuala Juru manakala satu kawasan iaitu Taman Alma Jaya sebagai lokaliti wabak tidak terkawal,“ menurut kenyataan oleh JKNPP menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, JKNPP menasihati orang ramai supaya melakukan langkah pencegahan dan kawalan sendiri bagi membasmi pembiakan nyamuk di kawasan kediaman atau premis.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image